Tanda2 lelaki telah jatuh cinta
Tanda2 lelaki telah jatuh cinta
1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau
dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan
berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati
dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya
itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana
wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut
akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih
hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya
tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan
sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana
mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah
menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa
sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila
kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan
sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan
kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan
sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan
melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
15. Lelaki akan cuba
meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan
kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa
serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa
yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap
kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa
sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang
terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang
terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup
menitiskan air mata hanya kerana seorang
perempuan.
إرسال تعليق
شارك بارئيك وقول الى فى نفسك ومحدش هايزعل منك